Friday, February 11, 2011

...last2 gune firefox juge

1~ The browser u're using..
HP ke-weak Web browse, ngahaha, Quick ekceli

2~ The activities today..

kelases cuti ganti banjer, buat survey ayat merapu


3~ Any breaking news..

tarak kot, terperap dlm bilik jer

4~ Current songs downloading..

takde, cilok orang punye jer, banyak lagu lama


5~ The connection of internet..

wifi kolej haha. cam chipsmore

6~ Places gone to today..

kelas, makmal, booth cendoi haha


7~ Games/sports play today..

game kat henfon jer


8~ Plan to do today..

tadak idea lg, kacau org kot, mcm biasa

9~ Last person u met..

chegu lab kimia, sbb last klas td

10~ Last thing u fed urself..

ayaq cendoi a, kit kat gak


11~ Last thing u bought..

cendoi gak. lagi2 cendoi


12~ Last thing on mind..

biler kak nasha nak buat survey lg :P


13~ First thing after the last thing on mind..

biler aku nk abeh matriks, miahaha :D


14~ Random motivation wisdom

"Saat kekalahan bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat kemenangan bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"


15~ Latest person u called..

takde sape kot


16~ Latest story book been read..

lagi laaaa, kitab2 kuliah la kot, jdkan story book


17~ Good things done since 1st Jan 2011..

hihi...gud one, nothing much kut. buat amal kebajikan je ler


18~ Worst kick-ass attitude ever done..

huhu kacau org jer la, aku kan mmg camtu


19~ The breakfast for today..

today ni dah masuk hari ke-2 buat post ni, haha. td nasi goreng lerrr


20~ Ever try truancy..

kahaha yg x wajib punye jer


21~ Words to describe ur bag..

cantek, comei, saye punye, gelap, smart gitu


hari raya hari utk semua! sekian. pegi study la. daa

Monday, January 17, 2011

Sahabat sekalian

Ya Rabbul 'Alamin,
Lindungilah sahabat-sahabat kami di sana,
Selamatkanlah perjalanan pulang mereka,
Kuatkanlah semangat mereka,
Lembutkan tutur bicara dan kata-kata mereka,
Permudahkanlah urusan mereka.

Ya Allah Ya Rahman,
Hilangkanlah kerisauan di hati-hati kami,
Tarbiahkan lah hati kami untuk bersabar dan mengingatiMu,
Kurangkan kegelojohan kami dalam menanti kepulangan mereka,
Tabahkan hati kami menerima berita-berita dari mereka,
Kuatkan semangat dan kurangkan kesedihan di hati kami.

Ya Allah,
Padamu kami meminta,
Selamatkan anak-anak kecil dan ibu mereka,
Sambutlah semangat jihad para syuhada,
Matikan mereka dalam iman dan syahadahMu,
Terbangkan roh mereka ke syurga idaman semua,

Amin ya Rabbal 'Alamin..


Selamatkan dunia ini dari peperangan
Selamatkan dunia ini dari kehancuran
Selamatkan anak-anak dari kebuluran
Selamatkan dunia.. selamatkanlah ohh..

Kedamaian terbina dari rahmat keamanan

Kebahagiaan terbina dari nikmat perpaduan
Kemajuan tercipta dari usaha pembangunan
Kasih sayang penghubung kita semua ohh..

Mari kita berganding
an
Menuju hidup yang sempurna
Bersamalah kita bina
Masyarakat harmoni

Saling hormat menghormati sesama kita

Tua muda miskin kaya usahlah dibeza
Semua bangsa dan agama

Sifat warga yang berhemah

Amal pekerti mulia
Hindari persengketaan
Kekalkan keharmonian

Anak muda dan remaja

Warga pewaris dunia
Hargai jasa yang tua
Teruskanlah perjuangannya

Memang payah

Untuk membentuk hidup yang sempurna
Akan mudah jika kita berusaha
Demi kejayaan bersama...

Selamatkan Dunia; In-team



Sunday, January 9, 2011

dry heart

As salam.

Signed in..

Start thinking [...............loading 65%]

Oh yeah, exam starts tomorrow, mid in Jan. Within 3 months, I'm off from this college.
Would it be nice, if the plans are liking to move like they'll be..
Like what've been planned in my mind.

Family, Canada, ice skating, friends, bookstore (wuhoo!!), moviessss, Romantika Wangsa Walk (hehe! ;D), talktalktalk and talkk, tourrr, planes :P

Ok. Dreaming set, moving on. Off I go now.

Saturday, January 1, 2011

hari kekantoi-an

salam alaykum.

[saye update sebagai silent reader yg loyal]

1] What does the very first blog u read say?
the blogger is a girl, Malaysian, of cos. study kat oversea, US. org Darul Aman. tapi saye dgn dia dah x mcm silent reader sgt. saye bising2 gak kat dinding fb beliau. kee3. yg best nye post utk taun baru, dia g jejln. teruja smgt saye nk g oversea. (...Aminn)

2] Has the second blogger married?
nop, he's single mingle. available? not sure there. huahua. student Canada, Malaysian. lama dh stalk, tapi saye dah kate, saye silent reader, kan. so, post dia agak sirius sket yakni mencari diri sniri. cara? tgk cermin, cakap pd diri yg dlm cermin. reflction gitu la, tringat daku pada ke-down-an motivasi time kat kolej & kertas fizik yg bakal menjelang nanti. tsk tsk. ni blog beliau, harap dpt izin huhu www.ragooze.com/

3] Who's the very 3rd blogger you stalked?
a guy, named.. err takyah la ye. Malaysian gak. susunan ayat mmg best! style aku nk buat cam dia gak a, tapi x se-power beliau. study UK. post terbaru, suh ingat pasal mati. setaun yg dtg, mendekatkan kita dgn mati. betol? =)

4] How long have you been stalking this 4th blogger?
beliau, baru jer. tak brani nk link, sori. kata2 mantap! kasi naik smangat. suh study leklok. akhirat jgn tinggai. okeh? bereh

5] Are you stalking only the men?
not really. tapi kebanyakan nye aku tersangkut kat ayat2 power dorg, which aku terasa dgn cara positif. kalau la diorg ni abg2 aku.... (takde probability langsung) *ayat tersangkut. biasenye, sbb laki ni en mantap sket bab2 sound org. (tanpa mengetepikan kata2 bunda saye yer)




*siyes, penaik semangat di alam maya a dorg ni! ade sorang lg, tapi yg tu dah bising aritu, terkantoi huhu ~.~

*ramai lg yg lain, mls nk bgtau sumer, sket2 dah ler
"Ingat kebesaran Allah, benda lain akan jadi kecil"

Wednesday, December 29, 2010

salam

senyum, senyum, .. hilang
ka
mu jer yang pikir mcm yang kamu pikir, orang lain tak pon.
bangkit, mundar mandir,
kenapa yang di belakang? kamu, majulah ke depan. macam tak biasa plak
ingat kembali, pesan punye pesan, tang tu jugak. aiyo *garu kepala*

lari jauh jauh
nak cepat?

cepat ke mana?
bulat kan
figura planet ni mane de penghujung.
jadi, nak cepat g mane? lama lama, masuk dlm rumah tiang dua jugak

sudah sudah la
dah tau hati bosan, buat jugak orang lain pon dah paham sangat
yang kamu tu, dah bosan
tapi buat jugak lagi kenapa?
dosa kecik besar tu,
kasi ingat la brader, sista

serius cakap, geli dengar gelak kecik2 tu laki dgn pompuan,

ish dah dahh
ingat mati, kawan
paling susah pon, campak diri sniri dalam kubur
takde rase lagi?
kering nih
g balut diri dgn kain putih terus la.

dah dah. *cabut

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta

Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta

Yang terlukis di hatimu

Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai

Jiwamu yang tulus

Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata

Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna

Cinta berharga bila sudah tiada

Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta

Bila hidup sengketa

Kabur warnanya


Warna-warna cinta

Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu

Agar mewarnai jiwamu yang tulus

Seperti sang pelangi selepas gerimis





exam mode now.

Tuesday, December 21, 2010

saye nak tgk movieee

Salam alaykum warahamtullah.

Hari ni, saye nak bagi tau..

1] Pak guard, jangan la garang sangat, consider la sikit kebajikan orang lain T_T
2] baru habis kuliah malam, then dapat barang dari adik kat pak guard. kenduri saye mlm ni bersama rumet yg belom tido, hehe :D
3] this weekend saye plan nak stay over kat rumah fatin kat sik, ceruk hujung dunia =P
4] saje nak update blog, mcm dah jd rutin sebulan sekali
5] sejak sem 2 bermula, semua makhluk mcm tersangatlah busy ke hulur dan ke hilir >.>
6] dapat banyak gak kawan baru hehe, ni paling syiokkkk
7] jadi MC utk majlis ICT ahad lepas, gabra2 pon jalan gak~ ;)
8] saye masih berstatus 'silent reader'
9] baru habis makan burger :PPP
10] bakal menjadi nurse terjun (tukar bidan terjun ke nurse terjun huhu) untuk pemain ragbi, gud luck kpd mereka2, main leklok! bg saye rileks2 plak huhu

Saye rase ..

1] dah lama x buat survey, mcm tarak idea + ke-busy-an melanda juga menggugat idea utk datang dgn clean n clear huhu
2] this week saye bergerak 24/7, +/- waktu tidur dan rutin2 saye sbgi manusia, LOL
3] macam dah lama x jumpe kawan skola menengah, ehh
4] nak merapu jer dgn blog ni, heh
5] macam nak sambung study lg lepas update blog
6] nak ulang baca post2 kawan2 blogger saye
7] macam ada soalan nak tanye kat cyberclinic, okeh jap lg!
8] macam2 rase saye ade skrg...
9] banyak lagu2 lama saye dok dgr dgn rumet2, huahua~
10] sekejap je dan habis sem 1, jap lg habis matriks plak wohoo
11] majority profile fb yg saye stalk dah privatekan fb masing2 :( tapi ade segelintir yg masih open-minded, hehe. saye... x tau solid reason ape nk add mereka, sbb org add saye, saye x approve =p
12] bakal tidor lewat lg ke mlm ni?
13] oh... tgh isi borang kemasukan ke usm :) hehe

banyak gak kata2 terpendam saye ni eh :P

p/s : wahai blogger2 sekalian, update la blog!!


Friday, November 12, 2010

50 + 1 = 1

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya
supaya pergi ke gereja Samaan.

Tiga kali mimpinya itu berulang.

Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir.
Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi.

Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.
Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu.



Katanya,

” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”



Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh.

Namun ketua paderi mencegahnya,
sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.

Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Ketua paderi berkata,


“wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu.
Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar,
maka saya akan mengikuti agama kamu.
Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”


Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”




Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan
kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.



SOALAN 1 : Yang satu tidak ada duanya.


JAWAPAN : Kewujudan Allah Maha Esa.

Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.




SOALAN 2 : Yang dua tiada tiganya.


JAWAPAN : Malam dan siang.

Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.




SOALAN 3 : Yang tiga tiada empatnya.


JAWAPAN : Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu subhanahu Wataala.




SOALAN 4 : Yang empat tiada limanya.


JAWAPAN : Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.




SOALAN 5 : Yang lima tiada enamnya.


JAWAPAN : Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.





SOALAN 6 : Yang enam tiada tujuhnya.


JAWAPAN : Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi.

Ini semua tersebut didalam Kitab-kitab suci juga.




SOALAN 7 : Yang tujuh tiada delapannya.


JAWAPAN : Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.





SOALAN 8 : Yang delapan tiada sembilannya.


JAWAPAN : Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya):

dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah delapan Malaikat.




SOALAN 9 : Yang sembilan tiada sepuluh.


JAWAPAN : Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadikan kerusakan bumi Allah,

sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya):

di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perusak bumi,

mereka tidak pernah melakukan yang baik.




SOALAN 10 : Sepuluh yang sempurna.


JAWAPAN : Kewajiban puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah kembali ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.




SOALAN 11 : Yang sebelas.


JAWAPAN : Saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam.




SOALAN 12 : Yang dua belas.


JAWAPAN : Bilangan bulan dalam setahun.




SOALAN 13 : Yang tiga belas.


JAWAPAN : Mimpi Nabi Yusuf Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci:

Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.

Jumlahnya tiga belas.





SOALAN 14 : Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk Syurga.


JAWAPAN : Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam.

Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa

Yusuf telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing.

Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.




SOALAN 15 : Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.


JAWAPAN : Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani,

sesuai dengan firman Allah Ta’ala (ertinya) :

telah berkata, Kaum Yahudi,

kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar.

Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain,

namun mereka tidak mau tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka yaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai penyempurna agama yang sebelumnya.

Lantaran itu mereka menduduki neraka.




SOALAN 16 : Tempat roh dalam badan manusia.


JAWAPAN : Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya):

katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.




SOALAN 17 : Al Zariyati Zarwa.


JAWAPAN : Nama empat macam angin.




SOALAN 18 : Al Hamilati Wakra.


JAWAPAN : Awan gemawan di dada langit.




SOALAN 19 : Al Jariyati Yusra.


JAWAPAN : Perahu-perahu yang belayar di laut.





SOALAN 20 : Al Mukassimati Amra.


JAWAPAN : Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.




SOALAN 21 : Yang empat belas.


JAWAPAN : Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya):

Maka Allah berfirman kepadanya yaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi,

datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa.

Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”




SOALAN 22 : Kubur yang berjalan dengan penghuninya.


JAWAPAN : Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam.

Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya

dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.




SOALAN 23 : Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.


JAWAPAN : Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya):

demi subuh apabila ia terlepas.




SOALAN 24 : Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.


JAWAPAN : Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol yaitu air peluh kuda.




SOALAN 25 : Empat yang bukan daripada golongan manusia,


Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.

JAWAPAN : Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam,

unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya,

untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.




SOALAN 26 : Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.


JAWAPAN : Suara keledai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya):

sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keledai.




SOALAN 27 : Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.


JAWAPAN : Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.




SOALAN 28 : Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.


JAWAPAN : Muslihat kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (artinya):

sesungguhnya tipu muslihat wanita adalah suatu tipu muslihat besar atau berat.




SOALAN 29 : Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.


JAWAPAN : Tongkat Nabi Musa Alaihissalam.




SOALAN 30 : Wanita yang paling utama.


JAWAPAN : Hawa, ibu sekalian manusia,

kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.




SOALAN 31 : Gunung yang paling utama.


JAWAPAN : Gunung Tursina.




SOALAN 32 : Binatang yang paling utama.


JAWAPAN : Kuda.




SOALAN 33 : Bulan yang paling utama.


JAWAPAN : Bulan Ramadhan.




SOALAN 34 : Malam yang paling utama.


JAWAPAN : Lailatul Qadar.




SOALAN 35 : Tentang Atta’mah.


JAWAPAN : Hari Kiamat.




SOALAN 36 : Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,


setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.

JAWAPAN : Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.

Lima itu ialah lima waktu solat.




SOALAN 37 : Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah,


tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.

JAWAPAN : Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.




SOALAN 38 : Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.


JAWAPAN : Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut.

Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.




SOALAN : 39. Nakir, fatil dan kitmir.


JAWAPAN : Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih,

fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.




SOALAN : 40. Sabid dan Labad.


JAWAPAN : Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.




SOALAN : 41. Sam dan Ram.


JAWAPAN : Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.




SOALAN 42 : Maksud keledai Makwak.


JAWAPAN : Keledai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.





SOALAN 43 : Maksud anjing menyalak.


JAWAPAN : Anjing menyalak bermaksud:

Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.




SOALAN 44 : Maksud jeritan kuda.


JAWAPAN : Kuda menjerit bermaksud:

Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentara berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.




SOALAN 45 : Maksud jeritan unta.


JAWAPAN : Unta menjerit membawa maksud:

Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila.

(Ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.





SOALAN 46 : Maksud nyanyian burung Bulbul.


JAWAPAN : Nyanyian Bulbul bermaksud:

Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.





SOALAN 47 : Maksud bunyi katak.


JAWAPAN : Bunyi katak bermaksud:

Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.





SOALAN 48 : Maksud kata-kata burung Nakus.


JAWAPAN : Maksud kata-katanya:

Maha suci Allah sungguh-sungguh!

Wahai anak Adam!

Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?





SOALAN 49 : Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya,


namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.

JAWAPAN : Makhluk itu adalah lebah seperti Firman Allah Taala (artinya):

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:

Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit,

di pohon-pohon kayu,

dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",

( 16. An Nahl : 68 )




SOALAN 50 : Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.


JAWAPAN : Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.“


Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”



Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”




Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.


“beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”


Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka
mengaku bahwa memang mereka tidak tahu jawabannya.

Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan.
Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.



Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab,
tetapi saya takut kamu semua tidak sependapat.”


Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu.

Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.



Kemudian ketua Paderi menjawab
:

“Bahawa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah

“LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH”

Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam.



Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.”



Semua paderi memeluk Islam,
Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.



“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar.

Saya tidak dipaksa oleh sesiapapun dalam mengucapkannya.
Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi.
Saya hanya menunggu waktu.


“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.



“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.



“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa
perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.


“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”


Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.
Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkannya daripada maut.

Ilmu ketua paderi telah menyelamatkannya daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

***
-- Konklusinya, 50 soalan dijawab oleh 1 orang alim ulama berjaya me-muallafkan 1 gereja! Biiznillah.
-- Copy paste dari facebook
-- Baru habis exam MUET, haha

Hahaha

Assalammualaikum.

Saya nak berbicara sorang sorang je.. Baru tukar template. Style baru plak skang.
Esok exam MUET. Hopefully will be the first and the last, with a distinct achievement! Mumtaz mari~ Aminn..

Pahtu, bleh raya qurban.. Cuti sem 10 hari hari tu, pahtu +2 hari cuti banjir (bakal diganti..) dan skrg kat kolej for 6 days or what, then senin ni cuti laya! Laya la laya~

Kelas baru skrg, sem 2. Up sket best nya dari sem 1, sebab.. lagi ramai? Ye kot =/
Tell u the truth, saya masih lagi penyimpan setia kenangan bersama kelas waktu sem 1 :D

Yela2, macam2 saya mengomel dulu. *bukan di blog*
Tanda tak bersyukur dah kenal sahabat baru, istighfar banyak2 T_T

Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabatdan orang yang lebih lemah ialah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari... - Saidina Ali

Wallahualam bissawab. Doa diri sendiri menjauhi sifat-sifat mazmumah, amin.

- Malas nak ubah font colour previous posts
- Suka baca blog orang, kepada mereka2, rajin2kan update blog, masih ada secret reader di sini, kantoi di situ =P
- Kali kedua merapu tanpa buat survey, tsk tsk.
- Saya masih virgin blogger hahahaha
- Saje nak try post camni
- Banyak dah notakaki ni, the end kan di sini dulu ye

Sunday, November 7, 2010

saye nk bgtau ni..

Salam alaykum

Kakak-kakak serta abang-abang sekalian,
Saya terkandas nak pulang ke kolej sebenarnya. Dan tujuan saya mengetuk-ngetuk papan huruf-huruf ini adalah untuk meluruskan sel-sel otak saya yang kusut. Kalau nak guna
iron tu agak tak logic lah kan.. Jadi, konklusinya saya mangsa banjir .......... dari jauh.

Baik, seterusnya, saya masih belum mengetahui keadaan di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun. Berita? Al-maklum, saya juga masih pusing kepala kerana tiada
update yang saya nak taipkan di sini.

Lagi nak bagi tau, saya pernah juga jadi mangsa banjir, yg
real punya! Abad ini jugak, beberapa tahun yang lalu, masih pada kurun ke-21 ini. Beg, kasut, dan barang-barang saya hanyut masuk parit. Air warna coklat macam teh tarik ada gula tak hancur. Saya nangis-nangis, ketakutan. Takut tanpa motif, padahal dalam hati lain pula drama nya T_T. Biasa la, budak sekolah bawah umur 12-tahun, pengalaman mesti nak isi dengan air mata, yang macam kristal-kristal jatuh berderai lagi meningkatkan isipadu banjir. Ahhhh~

Air yang kawan juga lawan. Air yang manusia minum, juga air yang minum manusia. 8 November 2010.

***

Betul nya, saya lagi ceria berkomunikasi dua-hala. Makhluk tengah menunaikan tanggungjawab, jadi semua pergi mencari rezeki, sebab tu saya jadi dua orang je la sekarang. Bukan selalu, kan. Tapi jasad masih yang sama, cuma perwatakan di-
double kan.

Ye ye, saya jarang buat
post sebegini.

Tiada topik yang spesifik, cuma .... *ditinggalkan tanpa penghabisan.

Pendek kata, saya
publish post sini saja dulu ye. Ini pun, sekadar nak simpan untuk memori masa hadapan.


*gelak guling-guling kuat-kuat*

Friday, October 15, 2010

buat sahabat :)


Sahabat,

Hadirnya diriku untuk menjadi teman,
pemberi ingatan bukan melalaikan,
adanya diriku penghembus semangat jihad,
bukan penggoyah iman..

Dalam sujudku,
ku menyanjungi indahnya persahabatan..











Do you still remember....
1) The first childhood story been told to you?
um, once a upon a time, there lived a red hood girl bla3

2) The first movie you watched in cinema?
syukur 21, touchin giler

3) The first person to be your friend in primary school?
azmira.. saye tegor dia dlm kelas, waktu darjah 1, mane dah awak skrg?

4) The first reaction after you've met somone you've not meet for long?
ruuuuuuuuuuuuuuunnnnnnnnnn anddd hugssssssss ("/(^_^)\")

5) between fb/ fs/ ms/ and etc, which one you signed up the first?
frenster.. few years back, time tu standard 6

Are you...
ok right now?
I am, er

thinking of anything?
seat for my final exam successfully and all out and make my parents proud

doing anything?
other than typing, listening to music jer

possibly to watch tv at night?
maybe, tgk miami medical lg la mlm ni, cam best, alang2 tadak astro sini hehe

regretting anything u've done at past?
i shud, i wud, and i am..................... NOT, i let everything to Allah

worried of anything?
sure there is, bile bleh tgk seat kat exam hall?

Currently,
> where are you staying?
far away from my family

> who is next to you?
my roommate, there she is

> looking for someone?
wait till the time comes >.<

> what did u eat?
in the plate, half of nasi goreng and half of bihun goreng, both are still half of the plate

> who did u bump into?
surprisingly, Ija!! ...and we set up where n when to meet there and then

> who was the last person to yell at you?
seriously no one, im hoping for none

> what did u do 5 secs ago?
open up dictionary hehe

Can you...
: describe one thing that is possibly to be crashed out once it makes u sick?
it's a small, cute thing, can be pressed on, communicable, everyone has it, now u tell me what is it..

: be at ease when u're at the top mad of urself?
let me be

: derive the ideal gas equation?
wOoo, i'll keep to my mind till chem pspm, chill out~

: hint a lil bit, the lyrics of the song u're listening to
..ada seorang gadis, termenung di jendelaa ... lalala

Tell randomly,
# anything that surprised you today?
ade org request to be my bff kat fb, it's a wooo!

# which country u wud want to further ur studies
egypt? uk? us? dublin? ......... or malaysia?

# the person u're looking for
nice but nice

# the song which make u remember someone, and name the person
dik by wali band.. kak nasha la

# the person u want to call later
my family yg jauhh tu

# the list i-want-to-do today
study, study, studo, watch tv, be myself

# the person last received a msg from u
ezati, tanye pasal pspm punye jwpn

# the subjects u're studying
chemistry, kimia, chemical

If you're happen to...
- live alone in a big house, who wud u call to look into u?
sape nak?

- choose between keep ur friends or forget them
of cos fff... keep them! how dare me to forget friends? that's ridiculous wogay

- make a call or send a msg?
both, but rather i send msg

- fly oversea or stay in ur current country?
i wud gladly stop this hyperbola dreaming!!

- choose between jump from a 10th floor building or go into the escalator?
gilakk pa, turun tangga sudaa

Last but not least,

Are you ok now?
Eh, i tot u've asked me before?