Salam alaykum
Kakak-kakak serta abang-abang sekalian,
Saya terkandas nak pulang ke kolej sebenarnya. Dan tujuan saya mengetuk-ngetuk papan huruf-huruf ini adalah untuk meluruskan sel-sel otak saya yang kusut. Kalau nak guna iron tu agak tak logic lah kan.. Jadi, konklusinya saya mangsa banjir .......... dari jauh.
Baik, seterusnya, saya masih belum mengetahui keadaan di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun. Berita? Al-maklum, saya juga masih pusing kepala kerana tiada update yang saya nak taipkan di sini.
Lagi nak bagi tau, saya pernah juga jadi mangsa banjir, yg real punya! Abad ini jugak, beberapa tahun yang lalu, masih pada kurun ke-21 ini. Beg, kasut, dan barang-barang saya hanyut masuk parit. Air warna coklat macam teh tarik ada gula tak hancur. Saya nangis-nangis, ketakutan. Takut tanpa motif, padahal dalam hati lain pula drama nya T_T. Biasa la, budak sekolah bawah umur 12-tahun, pengalaman mesti nak isi dengan air mata, yang macam kristal-kristal jatuh berderai lagi meningkatkan isipadu banjir. Ahhhh~
Air yang kawan juga lawan. Air yang manusia minum, juga air yang minum manusia. 8 November 2010.
***
Betul nya, saya lagi ceria berkomunikasi dua-hala. Makhluk tengah menunaikan tanggungjawab, jadi semua pergi mencari rezeki, sebab tu saya jadi dua orang je la sekarang. Bukan selalu, kan. Tapi jasad masih yang sama, cuma perwatakan di-double kan.
Ye ye, saya jarang buat post sebegini.
Tiada topik yang spesifik, cuma .... *ditinggalkan tanpa penghabisan.
Pendek kata, saya publish post sini saja dulu ye. Ini pun, sekadar nak simpan untuk memori masa hadapan.
*gelak guling-guling kuat-kuat*
No comments:
Post a Comment