Kisah 1 :
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
Reply Kisah 1 :
Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia
Pedih
Luka meresah jiwa
Memusnahi impian indah
Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa
Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia
Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita
Iringilah sayangku
Semua pengorbanan dengan doa
Harapan yang bermakna
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada
Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada
Kisah 2 :
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
(Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC)
Reply Kisah 2 :
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih
(Ainul Mardhiah - UNIC)
Kesimpulan akhir cerita :
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia..!
Ihsan : www.liriknasyid.com
7 comments:
I LIKE LIKE LIKE! :)
dah dgr lagu2 tu? hehe. ni episod 1, citer seorang remaja yg memendam perasaan wahahaha xD
hak ah...sape lah kan yg memendam rase tuu ;D
x pernah dgr rsenye..best gak. leh bce bende ni as puisi. n I honestly thought u wrote it urself! xP hehe.
hoho. seorang remaja yg bernama Zaedah ke? ;)
wahaha sape2 pon buleh :P
Bihah, i put every single title of the songs at d bottom of each. I'm no good in words & poetry like u la haha!
lagu last sekali paling best.xjemu dgr. :D
btw sy dh reply dh psl yg awk tnya tu kt komen entry sy yg tu.terima kasih sudi baca ya. :)
unic tu ker? hehe slalu dgr time study kat matrik.
seldom do blogging, anyway thanks for dropping a comment here! :)
Post a Comment